Bersalin di Hospital Melaka November 2020

Bersalin membuatkan seorang wanita berasa campur baur dengan perasaan dan fizikalnya. Perasaan gembira dan sedih serta rasa sakit dalam satu - satu masa memang menguji bukan?
Tetapi disebalik satu episod ni, reward yang besar selepas itu adalah dengan lahirnya seorang zuriat dengan selamat.

Bersalin di Hospital Melaka semasa dunia dilanda Covid19, Zai jangka akan rumit tapi sebenarnya itu cuma desas desus masyarakat keliling saje.

Kami tiba di Hospital Melaka kira - kira jam 11.00 malam, Zai bersyukur sebab parking berhadapan blok utama sudah beroperasi sepenuhnya. Mereka yang parking pula hanya dibenarkan jika melepasi syarat yang telah ditetapkan.


Sumber Gambar : Wikipedia 

Kaunter Saringan Lobi Utama
Proses kaunter saringan seperti biasa dihadapan hospital dilakukan oleh Pengawal Keselamatan Wanita. Kemudian Scan code melalui aplikasi My Sejahtera, ambil suhu serta buku pink diserahkan seketika untuk mereka isi borang masuk hospital. So, tiadalah setiap pesakit diswab sebelum dibenarkan masuk. 

Kaunter Pendaftaran Kamar Bersalin 
Kamar bersalin Hospital Besar Melaka terletak di Blok Utama Tingkat 2. Seperti yang dijangka, suami tidak dibenarkan untuk meneman di kamar bersalin berikutan pandemik covid19.

Peraturan semasa ibu bersalin


Kami diberi beberapa borang untuk ditandatangani tanda akur dengan piagam dan peraturan hospital. Beg kelengkapan ibu dan bayi pula diikatkan tag nama dan diletakkan di kawasan daftar masuk kamar bersalin. 

Ketika ini terngiang arahan nurse supaya tidak meninggalkan makanan yang berpotensi basi kerana beg ibu - ibu tidak dipantau di situ. Nasib baik makanan kering seperti biskut dan milo 3 in 1 telah dibeli suami terlebih dulu.

Sementara ibu menukar ke persalinan bersalin, suami pula akan mendaftarkan borang masuk di Jabatan Kecemasan mungkin untuk tujuan bil dan direkodkan ke dalam sistem. 

Wad Bersalin O & G
Alhamdulillah, setelah selesai bersalin Zai dimasukkan ke wad B2.Selesa dan lengkap berhawa dingin walaupun hanya kelas 3. Wad yang Zai admit ni merupakan wad lama yang telah diubahsuai dan di upgrade new look.

Ibu - ibu yang lain dalam wad tu pun bersyukur dengan pembaharuan ni. Maklumla sebelum ni wad agak kusam kerana Hospital Melaka dibina ketika tahun 1934. Fuh, hampir 86 tahun lamanya..

Ok, peristiwa ni memang pengajaran dan juga kelakar. Hospital ada sediakan 2 kategori pakaian wanita untuk yang bersalin berwarna pink dan untuk yang lain berwarna purple. Boleh pula Zai ambil color purple lepas bersalin tu. Nurse yang buat pemantauan pelik sebab nampak baby tapi tak tahu siapa ibunya sebab kebetulan ada juga kakak sebelah katil yang tidak bersalin dimasukkan dalam wad yang sama. Huishh..suspens katenye.


Proses Discharge

Buku Pink Ibu Mengandung dan Buku Biru Anak

Ketika musim Covid19 ni, ibu dan bayi tanpa komplikasi memang senang saja diberi kebenaran balik sekiranya sudah membuang air kecil dan besar. Jam 4.15 petang bilik di wad kami clear terus dan Zai merupakan orang terakhir discharge.

Suami Zai tiba jam 4.00 petang dan menguruskan pembayaran bil. Untungnya di blok ni kerana menyediakan kaunter Unit Hasil di aras bawah . Tetapi downsidenya adalah kaunter ni tutup jam 4.30 petang, so kelam kabut jugalah suami kejar masa waktu tu. 

Bil bersalin di Hospital Melaka

Overall, bersyukur sangat sebab segala urusan dipermudahkan. Paling penting call semua orang terdekat minta ampun sekiranya ada kesalahan yang dilakukan. Kita tak tahu sekiranya ajal kita datang menjemput ketika sedang harungi ujian ni.

Comments