Disclaimer : Beberapa pautan di bawah adalah pautan afiliasi,
yang bermaksud tanpa kos tambahan kepada anda,
saya akan mendapat komisen sekiranya anda mengklik dan membuat pembelian.
Apa itu fiksyen dan bukan fiksyen? Kedua - dua istilah ini kerap digunakan untuk mengklasifikasikan buku dan filem. Selain tu, banyak juga karya seni lain yang dihasilkan di bawah genre ni seperti broadway, drama dan comic. Kali ini Zai ingin berkongsi mengenai kedua genre ini kepada anda.
FIKSYEN
Fiksyen mengikut dewan bahasa dan pustaka edisi keempat bermaksud karya sastera yang dicipta daripada imaginasi seperti novel dan cereka.
Buku Fiksyen
Kalau ke kedai buku seperti MPH atau Popular Bookstore memang buku - buku dari genre inilah yang selalu diletakkan dibahagian entrance. Kenapa agaknya ya?. Bagi Zai, lets admit bukan setiap hari kita dipenuhi dengan good or bad experience setiap masa, ada masanya its a normal routine life.
Sebab inilah, penulis buku menghasilkan karya fiksyen yang mempunyai jalan cerita kuat dan menarik, watak dan suasana yang penuh dengan pertanyaan, misteri dan drama. Ini membolehkan readers berimaginasi semula semua ini di dalam fikiran mereka.
Bukan setakat tu saja, menurut laman web bookurve.com salah satu bookstore virtual di Malaysia pelanggan mereka rata - rata lebih cenderung membeli buku bergenre fiksyen dengan pecahan jualan seperti berikut :-
"60% FIKSYEN | 40% BUKAN FIKSYEN"
Betrayed daripada Lisa Scottoline
Good True Thai daripada Sunisa Manning
Berikut adalah beberapa contoh novel bergenre fiksyen dengan tema seperti :-
- Seram
- Romantis
- Fantasi
- Misteri
- Fiksyen Sains
- Thriller
Next, buku fiksyen ni boleh dibahagikan mengikut golongan sasar tertentu seperti :-
- Fiksyen Kanak - Kanak (6 - 12 tahun)
- Fiksyen Young Adult (12 - 18 tahun)
- Fiksyen New Adult (18 - 30 tahun)
- Fiksyen Adult (30 tahun dan ke atas)
Filem Fiksyen
Filem fiksyen pula adalah filem yang paling banyak dihasilkan di pasaran berbanding filem bukan fiksyen kerana sambutan yang menggalakkan dari penonton. Sekitar pandemik 2020 ni banyak panggung yang tidak beroperasi untuk mengelakkan jangkitan Covid19.
Namun bagi penggemar filem ini bukanlah halangan sebab before pandemik ni pon platform movie dan drama seperti Netflix, Amazon Prime dan Hulu dah lama bertapak di kalangan peminat mereka.
Kat Malaysia pula apps yang setanding dengan apps-apps ni adalah seperti iFlix dan saluran Astro First. Mostly, Malaysian memang ramai yang pasang Astro di rumah mereka, dan disebabkan itu juga ramai pengarah local yang mengambil peluang menayangkan filem mereka di sini dengan mengambil konsep movie rental selama 2 hari dengan bayaran serendah RM 15.
Seperti tema buku fiksyen tadi, filem fiksyen juga mempunyai kategori yang lebih kurang sama :-
- Fantasi
- Thriller
- Drama
- Aksi
- Komedi
- Romantis
Bukan Fiksyen
Bukan Fiksyen(Non Fiction) pula bermaksud karya yang dihasilkan berdasarkan fakta dan kejadian sebenar serta bukan yang direka - reka.
Buku Bukan Fiksyen
Di Malaysia, genre bukan fiksyen ni pula popular di kalangan student, ahli akademik seperti guru, pensyarah dan tutor serta semua golongan yang mempunyai kepentingan knowledge tersebut untuk mereka.
Antara kategori buku di bawah genre ni adalah:-
- Biografi
- Sejarah
- Journalism
- How To Manual - Buku Manual
- Teks Akademi - Kertas research PHD
- Panduan Melancong
Even buku pelajaran teks sekolah dan soalan kuiz juga termasuk di dalam kategori ini.
Buku Bukan Fiksyen terkini di pasaran |
New England daripada Lonely Planet
A Promised Land daripada Barack Obama
Filem Bukan Fiksyen
Pada tahun 2020, Zai dapati industri Hollywood menghasilkan hampir 6% filem bukan fiksyen berbanding fiksyen. Biarpun tidak banyak, filem dari genre ni senang mendapat rating tinggi kerana plot ceritanya menarik dan berkesan hingga ke jiwa penonton.
Zai sendiri pon lebih meminati genre ini walaupun faham bukan semua dialog yang diucapkan pelakon adalah 100% true tetapi kepuasan menontonnya membuatkan kita terinspirasi dan pelajari sesuatu mengenangkan ia memang berlaku di dunia nyata.
Mostly true stories begini, selalu ada good values yang tinggi, something yang berjaya dicapai, atau perubahan yang berjaya dibawa ke atas sesuatu komuniti atau individu. I love that !
Filem bukan fiksyen 2020 |
Fiksyen atau Bukan Fiksyen kedua - dua genre ini mempunyai peminat mereka sendiri. Bagaimana pula dengan anda? yang mana pilihan hati? Jika anda mahu berkongsi pendapat dan pengalaman anda adalah sangat dialu - alukan di ruangan bawah.
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum.. (Semoga kamu dilimpahkan sejahtera).
Sekiranya ada persoalan atau cadangan silalah komen disini..